Sunday, March 26, 2017

Chambering-Latihan Dalam Kamar-Part 2

Chambering Life

Tak sangka pejam celik pejam celik nak dekat sebulan dah aku chambering dekat satu firm ni kat Sungai Petani.Buat masa ni, aku tak da la banyak sangat buat kerja.Ada la sikit master bagi aku buat legal opinion.Kebanyakannnya aku hanya cari kerja sendiri.

Aku pun baru sahaja tamat belajar dari UITM.Perjalanan hidup aku baru sahaja nak bermula. Semoga aku dapat menimba banyak pengalaman dengan membuat chambering ni.Untuk sapa -sapa yang tak tahu chambering tu apa,meh sini nak habaq kat hampa.

Chambering ni dalam  bahasa melayu dia latihan dalam kamar.Dan latihan ni aku kena buat selama 9 bulan.Barulah aku boleh menjadi peguam yang sebenar.Ramai kawan-kawan aku pun dah start buat chambering.Aku pun.

Kalau sapa-sapa nak buat chambering,meh sini aku share tips yang mungkin berguna buat hampa semua.

1.Pastikan hampa semua ada Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
Yang ni penting woi.Kalau yang ni tak ada,tak guna la hampa pasang impian nak buat chambering sebab salah satu syarat dia mestilah berkelulusan ijazah sarjana muda undang-undang.Lagi satu, tak semua universiti yang menwarkan ijazah ni boleh jadi lawyer.Kalau yang ni,hampa kena check dengan universiti la k.

 P/S: Macam aku,walaupun x konvo lg,aku dah buat chambering,Tetapi,pastikan hampa dapat release letter dari universiti korang yang mengesahkan korang sudah tamat belajar k.

2.Survey firm yang ada ambik budak chambering
Tak semua firm depa boleh ambik budak chambering k.Yang ni,hampa telefon firm tu tanya la ada kekosongan tak.Step ni terpulang la sama ada hampa nak cari masa tengah final year atau lepas habis final year pun tak ada masalah.Chambering ni bila-bila masa hampa ready boleh je buat.Tak perlu kalut pun.

P/S: Aku masa survey firm masa tengah final year sebab aku nak booking tempat cepat-cepat. Haha.
       Jadi, bila dah habis belajar,aku dah ada tempat.

3.Suasana kerja yang rasa aman dan selesa.
Bila nak buat chambering kat sesuatu tempat,hampa jangan la gelojoh nak file borang cepat-cepat. I suggest u olls relax dan buat research dulu.Ok tak tempat yang hampa pilih tu.Kalau awal2 masuk dah bagi kerja bertimbun sampai nak makan pi toilet pun tak sempat,aku rasa hampa boleh la cabut awal-awal.Tapi,kalau hampa ok dan suka dengan kerja yang diberikan,teruskan.Haha.

P/S: Aku masa pilih firm ni aku memang tak expect gaji banyak la.Sebab aku buat dekat rumah je dan lagi satu, aku tak nak kerja yang terlalu banyak.Biar sikit,janji aku faham dan hidup aku masih aman.Masuk kerja pukul 9am,habis pukul 6pm. Lepas tu, boleh balik rumah.Tapi kalau buat chambering jauh dari rumah,cari lah tempat yang bayar mahal sikit.Bukan apa, kalau elaun sikit,mana nak cukup nak bayar bil semua,tol,minyak etc.

4.Banyak-banyak berdoa kepada ALLAH.
Aku nasihatkan hampa selalu berdoa mintak petunjuk dari ALLAH.Dugaan time chambering ni sangat la banyak.Maksud aku bukan kerja,Dugaan lain la.Bila kita banyak berdoa kepada Allah,insyaallah hidup kita akan dipermudahkan.

P/S: Aku pun mengalami masalah juga masa nak file borang untuk chambering.Huhu.Sampai aku kena withdraw dan refile balik la.Tapi,aku tak berputus asa.Kalau tak, aku dah stop chambering ni.

Akhir kata,gudluck kepada kawan-kawan,adik-adik yang baru nak start chambering ni.Aku nasihatkan hampa bukan mudah nak harungi chambering ni, tapi juga tak mustahil.Jumpa lagi.
Doakan aku semoga tabah menghadapi apa jua cabaran masa akan datang.

2 comments:

  1. helloooo boleh tak nak tahu sis chamber dekat firm mana?

    ReplyDelete
  2. Hai sis, tempat sis chambering ok ke? Boleh recommend tak hehehe

    ReplyDelete

MOVIE:JOKER

Hai semua, Hari ini aku nak review satu movie yang aku tengok baru-baru ini. Tajuk movie tu adalah JOKER. Sumber dari Wikipedia mengat...