Monday, October 14, 2019

MOVIE:JOKER

Hai semua,

Hari ini aku nak review satu movie yang aku tengok baru-baru ini.

Tajuk movie tu adalah JOKER.

Sumber dari Wikipedia mengatakan bahawa JOKER adalah satu movie yang bergenre pyshological triller yang diarahkan oleh Todd Philips.Aku bagi pandangan secara jujur ye kawan-kawan.

Buat korang yang belum tengok lagi.Jangan risau,ini bukan spoiler ke hape.

Bagi aku,jalan cerita JOKER ni agak perlahan di awal cerita tetapi bila dah sampai tengah macam dah okay sikit. Cuma,aku rasa aku tak tahu dekat mana klimaks cerita ni sebab bagi aku dia macam sama ja.

Aku rasa tengok sekali dah cukup kowt sebab watak dia ni berat dan untuk aku yang berumur 18 tahun ke atas,aku rasa nak hadam cerita ni pun berat.Rasanya senang lagi hadam baca buku sejarah Tingkatan 5 tu.Heheh

Kenapa korang kena tengok cerita ni??

a)pelakon yang melakonkan watak JOKER ni sangat hebat;
b)cinematographic dia cantik;
c)jalan ceritanya unik;dan

KORANG TAK PERNAH TENGOK LAGI KANNNN..HAHAHA

Bagi aku,cerita ni tak sesuai untuk orang yang sukakan cerita genre aksi sebab jalan cerita dia memang slow dan bagi korang yang tak faham,boleh tertidur dalam wayang.Dan satu lagi,untuk orang yang berada dalam situasi macam JOKER ni,korang mungkin akan mengalami kemurungan yang lagi parah.

Secara keseluruhannya,korang boleh pergi layan cerita ni tapi jangan expect cerita dia best gila sebab tak semua orang boleh faham dan menghayati cerita macam ni.Tapi,apapun ni cerita je.So,korang layan jela k.

Rating aku bagi cerita ni adalah 4/5 sebab aku rasa cerita ni memberikan sesuatu yang baru dan unik.



sumber:Google

Setakat ni saja entri aku kali ini.Nanti kalau ada movie yang best,aku akan review lagi. Bye


No comments:

Post a Comment

MOVIE:JOKER

Hai semua, Hari ini aku nak review satu movie yang aku tengok baru-baru ini. Tajuk movie tu adalah JOKER. Sumber dari Wikipedia mengat...