Monday, January 15, 2018

Menunggu Tarikh Longcall

hai semua,

Hari ini aku nak buat quick update saja.Sekarang masih menunggu tarikh longcall dari Mahkamah.Rasa lamabat jugak sebab hantar borang transfer dengan instrument kat Mahkamah bulan 12.Tapi tak dapat date sampai sekarang.

Dah masuk bulan 1 pun....

Dah call Mahkamah ok,tapi person in charge bercuti pulak.Hurm,bila la boleh dapat ni.

Doakan la k dapat cepat sikit.Tak larat tunggu dah ni.

Meanwhile,aku masih berada di firm lama.Saja nak duduk lagi sampai bulan 1 ni sampai dapat tarikh longcall.


Saturday, January 6, 2018

Chambering-Latihan dalam kamar-part 4

Hi semua.
Happy New Years. Wah, tak sangka dah masuk tahun 2018.Jadi,kita semua harus ada azam dan semangat yang baru. Jangan hambar sudah.

OK, la ni aku finally dah habis chambering. Yeayyyyyy! ! .

Gembira dan syukur sangat-sangat. Bukan senang taw nak habiskan chambering ni. 9 bulan tempoh yang lama k. Macam nak dekat setahun dah. Jadi, aku boleh prepare nk pergi filing.

K, post kali ni aku nak share tip-top semasa aku pergi filing untuk longcall kat Mahkamah Kl.

Aku simple kan so, hampa semua boleh faham dan hadam k.

Memandangkan aku jauh dari kedah, jadi aku ambik masa 3 hari. Bertolak sehari sebelum p filing. Esok tu filing(penat gila) , dan lusa bertolak balik.

Tips yang sangat berguna:
1)pergi filing dengan kawan-kawan
Jangan p sorang, sebab apa2 kita boleh tolong sama2. Dah la jauh. Tapi kalau nak pergi jugak, silakan .  Aku tak kisah.
2)Isi borang bagi complete dan check banyak2 kali. Jangan bila kat sana, ada salah. Huhu. Menangis tak berlagu la jawab ya. Lebih elok prepare blank copy.
3)banyak bertanya
Jangan berat mulut ya. Silalah ramahkan diri anda di court walaupun hampa rasa tak perlu. Sebab yang ni sangat penting. Tambah2 pulak staff kat rkkk.
4)Pakai black n white
Dah nama pun nak p filing, pakai la formal ya. Nanti tak pasal2, dah cantik2 p court tapi tersekat sebab salah code baju. (Jangan cakap akak tak payung ye. . . )
5)Sediakan duit yang secukupnya.
Dalam card hampa ka atau cash ka, tak kisah janji cukup. Kalau tak cukup, tak boleh nak bayar walaupun dah filing.
6)Pakai flat shoes
Hampa akan jalan banyak. So, better pakai kasut yang mudah bergerak .  No high heels ya kawan2.

New Update:
Sekarang ni filing borang 6 kena buat kat firm masing2. Hanya penampalan saja boleh buat di court. Aku sempat sebab filing tahun 2017.Fuh,lega.
Kalau tak, kena mai buat penampalan, check dokumen pastu balik filing pulak kat firm.

Setakat ni saja entry kali ni .Aku doakan urusan filing hampa berjalan lancar. Percaya lah, memang penat tapi berbaloi dan akan jadi kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila.


MOVIE:JOKER

Hai semua, Hari ini aku nak review satu movie yang aku tengok baru-baru ini. Tajuk movie tu adalah JOKER. Sumber dari Wikipedia mengat...