Hi semua,
Aku nak share satu produk penjagaan kulit yang mantap dan DA BOOMMM yang sesuai dengan kulit aku.Produk tu tak lain tak bukan....iaitu CLINELLE.
Aku ni memang pengguna tegar Clinelle,sejak dari zaman sekolah lagi.Seingat aku la,masa aku Tingkatan 1.Biasala,budak baru nak akil baligh ni hormon masih bercelaru.Jerawat tumbuh sana sini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Jadi,boleh bayangkan la muka aku macam mana masa itu.
Dah nama pun pengguna tegar,jadi aku nak cerita sedikit sejarahnya macam mana,bila dan di mana aku boleh terjebak jatuh cinta dengan produk ni dan sampai sekarang aku masih setia dengan produk clinelle.Oh lala~ ~
Mak aku risau tengok muka aku yang banyak jerawat ni.Jadi,dia bawa aku pergi Watson(masa tu aku ingat watson tu farmasi,rupanya dia macam kedai kopi 3 in 1 weyh,macam-macam ada),haha. Jadi,memang masa tu tengah cari pencuci muka yang sesuai dan berkesan.Auntie cina yang kerja kat situ cadangkan dekat aku untuk beli pencuci muka Clinelle sebab dia sesuai untuk semua jenis kulit.Padahal pencuci muka Clinelle boleh tahan harga dia dan mak aku belikan jugak untuk anak kesayangan dia pakai.Huhuhu.Terima kasih mak.
Dulu,aku hanya pakai pencuci muka saja dan setakat ini,aku sangat berpuas hati dengan produk ini sebab dia tak mengeringkan kulit selepas kita cuci muka dan kulit muka kita masih lembap.Ada sesetengah pencuci muka aku pernah tercuba bila pakai kulit jadi kering dan kesat.Sampai sekarang,aku dah serik tak nak pakai yang lain dah. Pakai yang ini saja.
Bagi aku,produk ini sangat bagus untuk korang cuba sebab dia lembut dekat muka. Kalau muka korang jenis berminyak,dia akan kurangkan minyak. Kalau muka korang jenis kering,dia akan melembapkan kulit muka.
Harga dia bagi aku agak berpatutan dan tak silap aku dalam RM60++ untuk satu set yang terdiri aripaa pencuci muka,toner dan moisturizer. Produk ini tahan selama 6 bulan mengikut kekerapan pemakaian korang la. Kalau nak mencuba dulu,boleh beli trial pack (saiz kecil) dan harga dalam dalam berbelas-belas ringgit.(aku tak berapa pasti tapi korang boleh pergi check harga dekat Watson,Guardian,Caring,Wellness etc).
Akhir kata,nah aku belanja satu gambar untuk tatapan korang semua.Aku sangat berpuas hati dan tak akan cari yang lain.
![]() |
Set Skincare Clinelle |
P/S:Aku bukan buat review berbayar ke apa.hehe.Ni sekadar perkongsian aku saja ye semua.
Sehingga berjumpa lagi.Bye.
Ouhhhh okauly
ReplyDeleteapa yg bagus produk ni.. tgh cari skincare ni.. bhihi
ReplyDeleteclinelle byk jenis macam sye pakai jenis hydracalm mmg melembabkan kulit but serum dia mmg terbaik
Deleteserum dia mervelous..saya pun guna jenis hydracalm
ReplyDelete