Wednesday, October 9, 2019

Percutian Ke Korea Selatan Musim Sejuk Part 2 (Perjalanan dan Tempat-Tempat yang dikunjungi)

Annyeonghaseyo;

Bertemu kita lagi dalam trip ke Korea Selatan.Baiklah,untuk sambungan kali ini,aku akan bercerita lebih terperinci setiap tempat yang aku pergi.Aku bagi pendapat berdasarkan apa yang aku rasa dan orang lain mungkin ada pendapat yang tersendiri.

Aku pergi sana selama 7 hari (termasuk pergi dan balik).

5 hari (Korea(Seoul sahaja);
1 hari (pergi);dan
1 hari(balik)

Keseluruhannya,aku rasa masih tak cukup 6 hari untuk pergi semua tempat kerana Korea ni besar dan kami berdua hanya pergi bahagian tertentu sahaja di Seoul.Kami tak pergi Busan dan Jeju walaupun perancangan asal nak pergi ke tiga-tiga tempat tersebut.Mungkin kalau ada rezeki,kami akan ke Busan dan Jeju pulak.

Hari Pertama (Day 1)

- Dari Penang Aiport > KLIA 2(1Jam) > Incheon Aiport (6 Jam)
Aku tak berapa ingat waktu tiket flight aku pukul berapa tapi yang pasti aku sampai ke Korea dalam pukul 10.00 malam (waktu Korea).Masa itu, keadaan agak kelam kabut sebab kami sampai dah lewat malam (perasaan aku sebab aku tengok jalan dah kosong) dan kami mencari subway dan teksi untuk check in ke hotel.Nasib baik la ada subway masih beroperasi dan hanya separuh jalan.Kemudian kami ambil teksi untuk ke hotel.

Fuhh,lega.Aku rasa memang mencabar sebab ini kali pertama sampai ke tempat orang dan pakcik teksi tu ajak bersembang dalam bahasa Korea.Nasibla aku faham sikit apa yang dia tanya.Hehehe..

Nasihat aku,kalau korang nak pergi selepas ni check tiket flight betul-betul bila waktu korang sampai sebab nanti kalau dah sampai lewat,agak susah sikit nak tanya orang kalau sesat ke apa.Ingat ye kawan-kawan..

Hari Kedua (Day 2)

Itaewon
- Kami pergi ke Itaewon menaiki Subway dan hajat asal nak mencuba makanan dekat sana. Tapi, selepas kami sampai banyak kedai makanan halal tutup.Kami tak pasti sama ada masih awal lagi sebab kami pergi waktu pagi dalam pukul 11 pagi ataupun memang banyak kedai tutup sebab musim sejuk.Sudahnya,kami pergi makan kebab tepi jalan je.Tapi,jangan risau sebab kat sini korang akan jumpa banyak pelancong Malaysia.Dah macam kawasan orang Malaysia pulak kat situ.Dekat sana,kami singgah dekat Masjid Itaewon dan jalan-jalan sekitar kawasan situ.

Namsan Tower
-Bagi aku,Namsan Tower ni memamg tempat yang selalu dikunjungi pelancong dan ramai jugak orang masa aku pergi sana.Untuk naik keNamsan Tower,kita boleh beli tiket naik cable car(macam dekat Pulau Langkawi tu tapi sekali naik bukan berempat,boleh naik beramai-ramai).Konsep dia macam lif bergerak cuma dia berdiri guna cable.Haha,panjang lebar aku explained ni.Suhu masa aku pergi jangan cakap la,bawah 5 °C tahap beku dah kaki aku ni.Tula,nak sangat pergi Korea musim sejuk kan,rasakan la..huhu.Tapi,aku rasa berbaloi sebab dekat atas sana permandangan sangat cantik dan udara sangat nyaman,Kat atas sana,bolehla feeling macam scene dalam drama Korea.Romantik gilerrr!!.

Dongdaemun Market
-Di Dongdaemun Market,Korang boleh shopping baju,sweater,beg dan apa sahaja barang yang nak korang beli sebab boleh dikatakan shopping mall sini besar dan banyak pilihan.Masa aku pergi sini,kami hanya pergi berjalan-jalan sahaja mencuci mata dan bagi aku,tempat ni macam dekat Kuala Lumpur tapi 10 kali ganda lagi hebat dan besar dari KL.Kalau jalan kat sini,memang kena kuatkan semangat sebab banyak jalan kaki dan kaki confirm akan terasa lepas balik hotel.Jadi,bersiap sedialah ye.

Hari Ketiga (Day 3)

-Nami Island
Kami bersiap awal pagi untuk ke Nami Island.Selepas membeli tiket(sorry tak ingat harga tiket berapa tapi tak mahal sangat),kami bertolak kesana tapi nasib kurang baik sebab hari tu hujan turun sepanjang hari dan kami hanya jalan-jalan sekejap saja.Tapi,hujan kat sana terasa sejuk yang lain macam sebab cuaca memang dah sejuk seingat aku dalam 1 dan kami berteduh dekat sebuah restoran.Masa kat sini,memang aku rasa drama Goblin tengah hot kut aku sebab aku asyik dengar lagu tu saja.

-Myeongdong Shopping Street
Bagi penggemar kosmetik dan juga skincare,sini ibarat syurga bagi korang sebab kat sini semua jenis barangan kosmetik dan skincare Korea boleh dibeli.Contohnya macam Innisfree,Laneige,Natural Pacific dan macam-macam lagi la.Selain dapat shopping,dekat sini pun ada restoran halal yang korang boleh cari dengan mudahnya daan kalau sampai sini,boleh shopping skincare sepuas-puasnya.
Aku berada dekat sini sampai maalam dan memang ni bagi aku tempat shopping yang havoc dan best sekali.


Hari Keempat (Day 4)

Elysian Ski Resort
-Disebabkan sepanjang kami pergi tiga hari dekat sana aku dan suami tak merasa salji lagi,jadi kami buat keputusan untuk ke tempat ski dan confirm-confirmlah kat situ ada salji kan.Dekat sini, kami habiskan sehari suntuk sebab betul-betul nak merasa pengalaman berada kat tempat salji.Kat sini,ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat.Antaranya adalah boleh naik cable car(terbuka),main ski,meluncur ais dan jalan-jalan dalam kawasan yang berais tu.Aku hanya naik cable car saja dan bagi aku,itupun dah best dan memang tak la nak naik ski sebab jalan-jalan pun dah sejuk dan nak meluncur pulak.Tak sanggup la..Tspi,kalau korang ada bajet lebih dan memang nak mencuba main ski,tempat ni memang best dan jangan risau ada ski guide yang pandai cakap English akan ajar korang.Masa naik cable car dan sampai ke kemuncak gunung ski,salji turun mencurah-curah macam air hujan.Rasa best gila dan sejuk yang teramat sangat.


Hari Kelima (Day 5)

Everland Theme Park
Bagi penggemar taman tema macam aku,aku syorkan korang semua singgah datang ke sini untuk mencuba permainan-permainan yang ada.Tarikan tempat ni adalah roller coaster kayu dia yang sangat tinggi dan rumah hantu yang aku masuk lain dari yang lain.Kalau kita beli tiket sebagai pelancong dan tunjuk passport,kita akan dapat diskaun.Aku pergi sini sebab aku nak cuba untuk naik semua permainan yang ada tapi bila baca review dekat blog,aku rasa agak tak berbaloi datang musim sejuk sebab banyak permainan yang tutup dan seeloknya datanglah pada musim yang lain.Tapi,dah alang-alang sampai redah jela walau sejuk-sejuk.Disebabkan masa yang tidak cukup,kami tidak pergi Lotte Indoor Theme Park dan hanya pergi Everland saja.Sejujurnya,aku rasa permainan dekat sini lebih kepada permainan kanak-kanak kerana kurang mencabar dan lebih selamat.Jadi,bagi ibu bapa yang nak bawa anak-anak ke taman tema,sini adalah tempat yang sesuai.


Hari Keenam (Day 6)

-Gangnam,Hongdae,Dongdaemun,Nandaemun
Hari ini adalah hari terakhir dan hari ini lebih kepada santai dan lebih banyak ambil gambar sambil menikmati permandangan.Aku pergi Gangnam sebab aku nak tangkap gambar dengan patung OPPA Gangnam Syle sebenarnya.Hahaha.Bagi aku,Gangnam ni macam Paris Street dan kat sini banyak barang-barang berjenama macam Gucci,Loreal Paris,Prada dan sebagainya.Tempat ni pun best untuk jalan-jalan dan ibarat korang acah-acah jalan dekat Paris Street tetapi dekat Gangnam.Gituhh. Kebetulan,masa kami ada dekat sana,ada persembahan macam tarian KPOP dalam tv tu.Bolehla menikmati persembahan tetapi aku hairan bin ajaib orang Korea ni cuaca sejuk-sejuk masih boleh pakai skirt pendek sambil menari.Memang hebat la aku rasa.

Akhir sekali,sebelum balik ke hotel,kami singgah beli tshirt dekat Nandaemun sebab harga agak murah dan ada satu kedai tu,makcik tu pandai cakap Melayu,So,senang la nak tawar-menawar beli baju untuk bawa balik sebagai kenangan.

Hongdae dan Dandaemun aku pergi sekali lagi sebab rasa macam tak cukup pergi sekali dan kali ini pergi,aku masuk dalam shopping mall dia sebab nak tengok shopping mall Korea macam mana.Keseluruhannya,kami hanya jalan-jalan santai dan sempat OOTD dekat situ.

Tapi,kalau korang tengok part 1 sebelum ni korang akan faham kenapa aku tak ada letak satu gambar pun.Haish,rasa sayang pulak.

Hari Ketujuh(Day 7)

Dari Incheon Airport > KLIA 2 (6 jam) > Penang Airport (1 jam)
Kami bertolak dalam waktu petang jugak sebab seingat aku,aku samapi di Penang Aiport dalam pukul 3 pagi macam tu.Barang pergi lebih sedikit dari barang bawa masa balik lebih banyak.Tu perkara biasa la sebab kita beli barang semasa kat sana.

Kesimpulannya:

a)Bagi aku,kalau ingin bercuti bersama keluarga dan bawa orang berusia macam emak ayah kita,aku syorkan pergi bersama agensi pelancongan sebab lebih mudah,senang dan tidak begitu memenatkan sebab kesian kalau emak ayah kita nak jalan jauh.Cumanya,mungkin ada tempat yang tak pergi sebab kita kena ikut jadual agensi dan kurang mencabar la aku rasa

b)Kalau aku datang lagi sekali,aku mungkin tak akan datang pada musim sejuk sebab bagi aku musim sejuk adalah terlalu sejuk dan kurang rasa nikmat untuk shopping.Balik Malaysia pun tangan masih kebas-kebas dan tunggu beberapa hari baru rasa ok semula.Mungkin cuaca terlalu sejuk masa itu.

c)Korea merupakan negara yang best untuk dikunjungi tetapi sila rancang perjalanan betul-betul sebab tak semua tempat kita nak pergi dan bawa duit yang cukup.(lebih pun tak apa) sebab baru puas dapat jalan.

d)Buat persiapan rapi terutama waktu musim sejuk sebab suhu musim sejuk boleh menjadi terlalu sejuk sampai ke tulang.Boleh dikatakan,aku mandi dekat sana sehari sekali ja.tupun,sekejap sangat sebab terlalu sejuk.

Akhir kata,kalau ada duit yang lebih pergilah melancong ke Korea kerana Korea memang negara yang best dan banyak tempat yang cantik untuk dikunjungi.


Anneyonghi Kyeseyo

yang bermaksud Selamat Tinggal..










No comments:

Post a Comment

MOVIE:JOKER

Hai semua, Hari ini aku nak review satu movie yang aku tengok baru-baru ini. Tajuk movie tu adalah JOKER. Sumber dari Wikipedia mengat...