Tuesday, October 8, 2019

Percutian Ke Korea Selatan Musim Sejuk-Part 1 (Persiapan)

Annyeonghaseyo,

Ha,aku bertegur sapa dengan korang semua dalam bahasa Korea.
Faham ke idok?????

Maksudnya adalah.............

Hai semua,

Alhamdulillah,aku dimurahkan rezeki dan diberi peluang untuk melawat ke salah sebuah negara empat musim yang sememangnya aku pasti ramai orang Malaysia teringin nak pergi.Aku pergi tahun lepas dalam bulan Februari 2018 tapi saja la aku nak share jugak pengalaman aku semasa bercuti ke sana.Angin Korea masih lagi terasa walaupun dah setahun lebih menjejakkan kaki ke sana.

Percutian aku kali ini agak menarik kerana aku pergi bersama suami aku untuk bulan madu kami.

Sebenarnya,aku memang dah pasang impian nak bercuti ke Korea kerana beberapa sebab seperti di bawah:

1) ini kali pertama aku pergi negara empat musim i.e musim sejuk,panas,luruh dan bunga;

2) Korea negara yang cantik dan sesuai bagi aku yang kaki shopping dan jalan        macam aku ni (padahal terpengaruh tengok drama korea kat TV..hehe...);dan

3) negara yang selamat untuk pelancong asing macam kita sebab orang Korea ni jenis tak ambil kisah pasal orang lain dan buat hal masing-masing

Aku pergi ke sana selama 6 hari dan tanpa menggunakan khidmat ejen pelancong atau pakej pelancongan.Perancangan awal memang nak pergi bersama agensi pelancongan tetapi sebab ada hal yang tak dielakkan,aku dan suami setuju untuk pergi sendirian. Pada awalnya memang mencabar sebab tak dirancang dan terpaksa study last minute cara nak ke sana.Tetapi,bila pergi ke sana sendiri, kita akan rasa pengalaman tu sangat berharga dan kita bebas mengatur jadual perjalanan kita sendiri tanpa perlu mengikut itinerary yang disediakan oleh pihak agensi pelancongan.

Memandangkan kami pergi ke sana berdua saja,pengangkutan yang banyak kami gunakan adalah SUBWAY iaitu kereta api bawah tanah. Kalau di Malaysia macam LRT,komuter etc tapi kelajuan dia macam naik ETS.Serius laju,tak tipu.

Untuk pergi ke sana persiapan adalah paling penting sebab kita tak pernah ke negara sejuk dan tak boleh nak jangka badan kita tahan sejuk ataupun tak.

Barang-barangnya adalah:

1. Baju sejuk (Winter Coat Tebal)(1-2 helai)
2. Sweater(1 helai)
3. T-shirt (3 helai)
4. Sarung Tangan (1 helai)
5. Stokin Tebal (2 helai)
6. Topi kepala (1 helai)
7. Mafla/Scarf (1 helai)
8. Kasut boot/Kasut bertutup (1 pasang)
9. Penutup telinga (1)
10.Makanan i.e maggi,makanan bertin,pek makanan Brahim dan apa saja yang korang semua rasa sesuai untuk dibawa

Paling penting sekali adalah bawa duit yang telah ditukar siap-siap ke mata wang Korea(Won) dan bawa lebih tak apa sebab mungkin kita perlukan nanti bila jalan-jalan dekat sana.

Yang ini,terpulang pada bajet masing-masing.Tapi,aku tukar duit semua kalau tak silap dalam RM3,000.00.(856429.66 WON) tapi tu pun masih ada lebih sebab kami shopping tak banyak,yang penting banyak pergi jalan-jalan tengok tempat orang semua.

Sejujurnya aku cakap,aku tak bawa semua barang yang disenaraikan sebab aku nak jimat ruang bawa barang ke sana dan bagi aku,bila aku tanya pendapat kawan-kawan yang pernah pergi,diorang bagi cadangan bawa yang perlu saja.Kalau rasa tak cukup,boleh beli dekat sana dan aku dengan yakinnya hanya bawa baju sejuk,sweater,stokin,t-shirt dan pakai kasut bertutup.

Sekali bila dah sampai dekat lapangan terbang Incheon,kaki menggigil gigil terkena hembusan angin Korea yang sejuk lagi nyaman tu.Fuhhhhh..Sejuk sampai ke tulang sum sum.

Masa tu,aku rasa agak menyesal tak buat persediaan yang lebih rapi.Tapi tula,terlajak perahu boleh diundur.Yang ini dah terlajak kaki Korea,tak kan nak undur balik ke Malaysia pulak kan.Jadi,kami berdua redah je la.

Hahahaha....tapi suka diingatkan lebih baik buat saja persiapan yang rapi. Disebabkan aku dah sampai sana,jadi aku dengan suami aku shopping la apa yang patut untuk panaskan badan kami.

Kesimpulannya,korang semua kena buat persediaan yang cukup taabah-tambah yang tak pernah pergi negara musim sejuk.Jangan jadi macam aku ini,hati kental tapi bila kat sana badan jadi sejuk beku.Tapi,alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik ke rumah.

Nantikan sambungan part 2 yang mana aku akan bercerita tempat-tempat yang aku lawati semasa aku ke Korea

P/S:Masa aku pergi sana,aku tangkap banyak gambar tapi sebab aku tukar phone baru semua gambar yang ada hilang dan satu gambar pun tak ada buat kenangan.Huhu.Jadi,jangan terkejut dan hairan tengok entri aku pasal trip ke Korea tak ada gambar. Sesungguhnya,aku pun berdukacita dengan kehilangan semua gambar-gambar masa ke sana.




No comments:

Post a Comment

MOVIE:JOKER

Hai semua, Hari ini aku nak review satu movie yang aku tengok baru-baru ini. Tajuk movie tu adalah JOKER. Sumber dari Wikipedia mengat...